Wednesday, 17 May 2017

Ini Dia Persamaan Luffy dengan Gol D Roger!!

Ini Dia Persamaan Luffy dengan Gol D Roger!!

iklan 336x280 iklan link responsive
iklan 336x280 iklan link responsive

Baca Juga



Mungkin semua mengetahui bahawa secara genetik, Portgas D. Ace adalah anak Gol D. Roger. Namun entah kenapa karakter lanun yang memiliki banyak persamaan dengan bekas Raja Lanun tersebut adalah Monkey D. Luffy. Mari kita persamaan Gol D. Roger dan Monkey D. Luffy dalam Anime One Piece !

1. Mempunyai nama “D”


Luffy dan Roger merupakan dua lanun dengan silsilah keluarga yang berbeza, tetapi sama-sama mempunyai nama “D”.

2. Topi Jerami


Topi jerami yang selalu dipakai oleh Luffy merupakan pemberian dari Shanks. Dan Shanks mendapatkan topi jerami tersebut dari Gol D. Roger, bekas kaptennya. Gol D. Roger sendiri selalu memakai topi jerami tersebut semasa mudanya! Jadi tidak hairan kenapa Luffy sangat melindungi topi ini!

3. Definisi Raja Lanun


Luffy dan Roger hidup di era yang berbeza dan tidak pernah bertemu satu sama lain. Namun entah kenapa definisi “Raja Lanun” yang dikatakan oleh Luffy dan Roger lebih kurang sama, iaitu keduanya menganggap Raja Lanun itu bukanlah orang yang menguasai lautan, tetapi orang yang paling bebas di lautan.

4. Faham bahasa para monster laut


Luffy dan Roger memiliki kemampuan untuk memahami, mendengar, bahkan berkomunikasi dengan binatang buas, termasuk para Sea King (Moster Laut).

5. Tidak takut mati


Saat di Loguetown, Luffy  hampir dipenggal oleh Buggy di menara yang dulu digunakan untuk menjalankan hukuman ke atas Gol D. Roger. Uniknya, baik Luffy mahupun Roger tertawa saat mengetahui ajalnya sudah dekat. Bezanya, Luffy masih hidup setelah petir menyambar Buggy dan menghancurkan menara eksekusi kerana kekuatan Gomu Gomu no Mi (membuat Luffy menjadi kebal, sehingga tidak lut dengan petir)

6. Kru pertama adalah ahli pedang, pemabuk, dan menolak tawaran Luffy/Roger



Kru pertama Roger adalah Rayliegh seorang pemabuk, ahli pedang, dan pada awalnya menolak tawaran Roger untuk menjadi lanin. Kru pertama Luffy adalah Zoro, seorang pemabuk, ahli pedang, dan seorang bounty hunter yang pada awalnya menolak menjadi seorang lanun.

7. Satu keturunan Kapal Lanun


Kapal Lanun milik Gol D. Roger merupakan buah karya dari seorang pembuat kapal jenius dari water seven, Tom. Sementara Kapal Thousand Sunny merupakan kapal ciptaan Franky, murid Tom.
Persamaan apakah ini?? 
iklan 336x280 iklan link responsive (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Related Posts

Ini Dia Persamaan Luffy dengan Gol D Roger!!
4/ 5
Oleh